Tulang Belakang : Punca Sakit

 In Fitness, Pain

Kajian doktor pakar tulang mengatakan lebih 70% rakyat Malaysia mengalami sakit tulang belakang atau dalam BI ‘backpain‘.

✴️ Bagaimana benda ini boleh berlaku? ✴️

Sakit tulang belakang berlaku biasanya kerana posisi atau posture badan yang tidak sesuai semasa melakukan aktiviti atau berada di posisi terlalu lama.

Ini menyebabkan muscle yang bekerja untuk menampung tulang atau posisi badan bekerja terlalu lama.

Kepada siapa penyakit ini selalu kena?

# Orang Muda

Sepatutnya golongan ini yang tidak patut kena masalah ini. Biasanya mereka yang tidak aktif bersukan atau bergerak (menternak lemak dan berat berlebihan). Boleh juga terkena pada mereka yang terlalu aktif bersukan hingga tercedera.

# Orang Berumur

Tahap umur 50 keatas akan kena sakit tulang belakang disebabkan tulang yang mula rapuh dan lemah.

# Orang Kecil

Kes untuk golongan ini berlaku disebabkan mungkin semenjak lahir lagi mereka sudah ada penyakit tulang belakang bengkok.

Antara Punca Sakit Belakang

#1 Angkat barang yang berat

Sebelum angkat barang tersebut pastikan anda turunkan posisi badan dan membengkokkan kaki dalam posisi bercangkung.

Juga pastikan badan anda dalam keadaan tegak. Jangan sesekali angkat barang dalam keadaan anda berdiri dan terpaksa bongkokkan badan untuk ambil barang tersebut.

Jika barang tersebut terlalu berat jangan gunakan badan anda, gunakan troli atau seumpama dengannya.

#2 Pakai kasut tumit tinggi

Pakai kasut yang tapaknya rata adalah lebih baik. Tapi sekiranya anda nak juga pakai yang bertumit tinggi, pastikan tingginya tidak melebihi satu inci kerana semakin tinggi semakin kuat tekanan pada tulang belakang anda.

Dan jangan pakai dalam tempoh yang terlalu lama, tekanan yang terlalu lama pada bahagian belakang tidak bagus.

#3 Duduk terlalu lama

Jika pekejaan anda memerlukan anda untuk sentiasa duduk, pastikan anda kerap ambil rehat sebentar dalam seminit dua.

Melakukan senaman ringan dan berjalan sebentar memberikan kesan yang besar pada tulang belakang anda.

Kes yang sama juga jika memandu untuk jarak yang jauh. Singgah di RnR sebentar untuk memberikan renggangan pada otot dan tubuh badan anda.

Sakit yang berlaku sewaktu memandu dan menimbulkan ketidakselesaan sangat bahaya pada nyawa anda.

Atau pilihan yang lain adalah beli kerusi yang memberikan sokongan pada tulang belakang.

#4 Posisi tidur

Kebanyakkan orang kurang berikan perhatian bagaimana posisi mereka tidur dan dimana mereka tidur.

Tidur diatas tilam yang nipis dan tenggelam kebawah sangat tidak bagus. Ini menyebabkan posisi tulang belakang tidak lurus.

Sangat disyorkan untuk tidur diatas tilam spring. Jika tak mampu untuk beli tilam spring pastikan anda meletakkan bantal dibahagian punggung anda untuk memberikan sokongan.

Cara sunnah untuk tidur adalah dengan mengiringkan badan anda ke kanan.

#5 Berat Badan Berlebihan

Badan terlalu gemuk tidak bagus untuk tulang belakang. Ini menyebabkan tulang dan muscle belakang anda bekerja keras untuk menampung berat badan anda.

#6 Penyakit

Terdapat beberapa jenis penyakit dalam dunia perubatan yang memberikan kesan pada tulang belakang. Contohnya

Scoliosis – Penyakit ini menyebabkan lengokan pada tulang belakang. Biasanya sakit ini akan berpanjangan sehingga ke tua.

Spinal stenosis – Penyakit ini muncul bila tulang belakang membengkok seterusnya memberikan tekanan pada tulang dan urat.

Fibromyalgia – Kelesuan yang berlaku pada bahagian otot tubuh badan.

#7 Stress

Jangan ingat emosi tak ada kaitan, sudah tentu dia berkait rapat dengan tubuh badan kita.

Tekanan perasaan yang berlaku dalam diri akan memberikan kesan negatif pada tubuh badan seterusnya menyebabkan muscle belakang tegang dan sakit.

Recent Posts

Leave a Comment

Start typing and press Enter to search