Punca & Cara Meredakan : Gusi Bengkak

 In Pain, Solution, Tips

1. Kebersihan Mulut

Kebersihan mulut menjadi hal utama yang harus diperhatikan dalam menjaga kesihatan mulut dan juga mengatasi gusi yang bengkak. Bermula pada saat anda makan maka sisa makanan akan melekat pada pada celah-celah gigi dan gusi yang meningkatkan risiko terjadinya gusi bengkak. Oleh itu,selalulah berus gigi anda setiap kali selepas makan. Fokuskan juga memberus bahagian lidah dan kawasan sekitar mulut.

2. Pemakaian Braces

Pemakaian pendakap gigi atau ‘braces’ juga merupakan salah satu penyebab utama terjadinya gusi bengkak. Jika braces dipasang terlalu rapat dengan gusi,maka ia akan memberikan tekanan yang membuat gusi bengkak dan berlakunya iritasi.

3. Pemakanan Yang Tidak Sihat

Amalkan makan makanan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi banyak gula merupakan punca tercetusnya gusi bengkak. Oleh itu,tukarkan diet anda dengan makanan yang seimbang dan hindarilah makanan yang mengandungi banyak gula.

4. Kekurangan Vitamin

Kekurangan vitamin terutamanya Vitamin C merupakan punca gusi bengkak.

5. Kehamilan

Tempoh kehamilan merupakan masa yang sangat berpotensi untuk gigi anda rosak dan juga juga terjadinya pembengkakan gusi. Hal ini terjadinya kerana ibu hamil biasanya mengalami kekurangan kandungan gizi dalam badan disebabkan zat tersebut disalurkan ke janin yang sedang dikandungnya.

✴️  Tanda Gusi Bengkak ✴️

➡️  Mulut akan berbau busuk.
➡️  Gusi menjadi merah dan mudah berdarah apabila diberus atau mengunyah makanan yang keras.
➡️  Gusi akan membengkak dan kadang-kadang bernanah.
➡️  Gigi akan menjadi longgar dan akhirnya terpaksa dicabut.

✴️  TIPS mengubati gusi bengkak: ✴️

1. Bilas mulut dengan larutan air garam

Tambah satu sudu makan garam pada segelas air suam dan kacau hingga tercampur merata.
Kumur menggunakan air garam selama beberapa minit. Ulangi proses ini beberapa kali sehari untuk meringankan gusi bengkak.

2. Kumur dengan air perahan lemon

Perah satu buah lemon ke dalam segelas penuh air hangat.
Kumur dengan larutan ini selama beberapa minit 2-3 kali sehari.
Bersihkan gigi dengan benang gigi, flos

3. Gunakan benang gigi untuk membersihkan sisa makanan dari cela gigi.

Sisa makanan yang tidak dibersihkan akan mencetuskan gingivitis atau penyakit yang menyebabkan gusi bengkak dan berdarah.
Ambil vitamin setiap hari

4. Gusi bengkak boleh berlaku akibat kekurangan vitamin C, asid folik atau zat besi.

Penggunaan multivitamin yang mengandungi vitamin dan mineral penting jika diperlukan.
Urut gusi

5. Cara lain untuk meringankan pembengkakan gusi adalah dengan sapuan gel atau krim bagi melegakan sakit gusi

Recent Posts

Leave a Comment

Start typing and press Enter to search