SAKIT TENGKUK
Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.
Sakit tengkuk berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura.
Faktor penyebab sakit tengkuk berasaskan :
▶️ postur yang tidak baik,
▶️ ketidakseimbangan otot,
▶️ kekurangan stabiliti otot tengkuk,
▶️ kecederaan whiplash
▶️ Faktor risiko menyebabkan sakit tengkuk kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal. Ia punca daripada kerja yang di lakukan dan persekitaran tempat bekerja.
✔️ Objektif Rawatan Fisioterapi
➡️ Untuk mengurangkan sakit dan inflamasi
➡️ Untuk menguatkan otot leher
➡️ Untuk mengekalkan julat pergerakan leher dan kepala
➡️ Untuk meningkatkan julat pergerakan leher dan kepala
➡️ Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit
➡️ Untuk meningkatkan kesedaran pesakit tentang kondisi dan cara pengendaliannya
✔️ Gejala-gejala Sakit Tengkuk :
➡️ ketegangan/ kekerasan otot leher
➡️ kekurangan julat pergerakan sendi leher
➡️ kesakitan sendi leher
➡️ sakit di bahgian belakang kepala/leher
➡️ Sakit di bahagian torasik, bahu, dan/atau rahang
✔️ Pencegahan
Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah.
Semasa baring :
🔸 Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher
🔸 Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama
🔸 Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.
🔸 Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.
✔️ Rehabilitasi
1. Pengurusan sakit leher
Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.
Hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
2. Program senaman sakit leher
✔️ Senaman regangan bahagian leher
📍 Extensor Stretch
Posisi : duduk/ berdiri
Cara melakukan : tunduk kepala, bawa dagu ke dada. Tahan untuk 30 saat.
📍 Flexor stretch
Posisi : duduk @ Berdiri
Dongak kepala ke arah siling dan tahan untuk 30 saat.
📍 Side Bend
Posisi : duduk @ berdiri
Bawa telinga dekat ke bahu dan tahan untuk 30 saat.
📍 Rotation
Posisi : duduk @ berdiri
Pusingkan kepala perlahan- lahan ke tepi dantahan sampai kiraan 30 saat.