BUNYI ‘KREK’ PADA LUTUT BILA DIGERAKKAN


 In Pain, Solution, Tips

Bunyi ‘krek’ akan didengari apabila gerakan lutut pada posisi tertentu, ia mungkin adalah disebabkan beberapa perkara. Adakah bila bunyi ‘krek’ tersebut berlaku, ada rasa sakit atau tidak?

Bunyi ‘krek’ yang tidak disertai dengan rasa sakit, mungkin disebabkan gelembung udara di dalam sendi regangan (stretched) ligament mahupun tendon. Sementara bunyi ‘krek’ yang disertai rasa sakit mungkin di sebabkan cedera pada ligament, meniscus ataupun radang sendi (arthritis).

Seeloknya buat pemeriksaan pada yang pakar agar kita lebih tahu kecederaan kita teruk atau tidak.

Penyebab sendi berbunyi adalah :

📌   Terlepas udara yang terperangkap dalam cairan sendi secara tiba-tiba.
📌   Ligamen penyambung tulang menegang saat tertekan.
📌   Usia meningkat sehingga jaringan tulang rawan menjadi tidak rata dan menimbulkan bunyi ketika tertekan dan bergesel.
📌   Keadaan tertentu seperti : osteoarthritis, rheumatoid arthritis, osteofit, trauma / cedera, dan lain-lain.

Pada umumnya apabila sendi / tulang berbunyi tidak disertai dengan keluhan lain maka kemungkinan penyebabnya adalah kerana terlepasnya udara dalam cairan sendi atau kerana ligamen yang tegang dan anda tidak perlu risau terhadap perkara ini. Jika was-was, anda perlu rujuk dengan doktor.

Namun, jika sendi / tulang berbunyi disertai dengan rasa sakit, bengkak, panas, sukar digerakkan, ada perubahan / benjolan, sebaiknya anda buat pemeriksaan dengan segera.

Cara menghindari sakit lutut :

📍 Elakkan memberi beban berlebihan kepada lutut.
📍 Kurangkan senaman fitness yang terlalu berat pada lutut.
📍 Gunakan pelindung lutut ketika melakukan workout / senaman.
📍 Gunakan kasut yang selesa dan bag yang tidak membebankan.
📍 Apabila rasa sakit, pakai krim / gel meredakan kesakitan pada lutut.
📍 Mandi dengan air suam.
📍 Tekap lutut dengan ais.
📍 Turunkan berat badan bila perlu dan jaga berat badan ideal.

Recent Posts

Leave a Comment

Start typing and press Enter to search