Cara Menghilangkan Rasa Sakit Tulang Belakang

 In Pain, Solution, Tips

✴️  1 Bersenam

Senaman sakit belakang

Melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali setiap minggu dan 20 minit setiap sesi.

Antara senaman dan sukan yang bagus untuk menguatkan otot anda seperti berenang, taichi, yoga, jogging, berbasikal dan juga bermain badminton.

Senaman atau sukan haruslah yang melibatkan seluruh tubuh badan terutamanya yang dibahagian belakang.

Awas! Pastikan anda buat senaman ringan atau renggangan sebelum bermula. Kita nak prevent sakit bukannya menambah sakit.

✴️  2 Tahu posisi yang betul setiap kali melakukan aktiviti

Ini kami sudah sentuh diatas. Antaranya elakkan mula mengangkat barang dalam keadaan berdiri. Pastikan anda berada di posisi yang sama dengan barang tersebut.

Jangan duduk terlalu lama dan buat senaman ringan 20-30 minit sekali.

Selalu perhatikan aktiviti yang anda lakukan itu memberikan kesan yang berat pada bahagian belakang atau tidak, jika ya posisikan badan anda untuk mengurangkan kesan tersebut.

✴️  3 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang

Makanan berkhasiat dan seimbang

Cara pemakanan yang tidak terkawal akan menambahkan berat badan.

Berat badan yang berlebihan menjadi punca kepada sakit belakang kerana tulang dan otot tidak mampu untuk berikan sokongan yang sepatutnya.

Makan makanan yang mempunyai kalsium.

Juga pastikan BMI anda sentiasa dalam keadaan optimum.

✴️  4 Berhenti merokok

Ini rasanya semua sudah tahu betapa bahayanya rokok ini. Selain daripada punca kepada kanser, untuk jangka masa panjang rokok ini akan merosakkan tisu dan otot dalam badan.

✴️  5 Gunakan tilam yang sesuai

Kami sudah terangkan serba sedikit diatas. Tilam yang nipis atau tenggelam menyebabkan posisi tulang yang tidak selesa dan memberikan tekanan.

Sudah banyak jenama tilam yang mengeluarkan tilam khas untuk mengatasi penyakit ini. Cumanya harganya sedikit mahal berbanding tilam biasa.

✴️  6 Mengurut

Cara urutan yang betul dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih pada otot.

Minta tolong suami atau rakan anda untuk picit bahagian sepanjang tulang belakang daripada atas kebawah secara perlahan lahan.

✴️  7 Tradisional

Antara petua orang-orang lama mereka menggunakan halia.

Caranya parutkan halia dan tambah dengan air. Selepas itu sapu atau mandi dengan air tersebut selama beberapa hari.

Kata mereka cara ini dapat melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan sakit dan lenguh di belakang.

✴️  8 Kurang Berbaring

Ada setengah pendapat pula mengatakan kalau rasa sakit di belakang jangan baring.

Berbaring akan menyebabkan rasa sakit tersebut bertambah. Lebih bagus buat senaman rengangan.

✴️  9 Pad Haba Dan Ais

Pad ais dan haba
Kedua pad ini berfungsi untuk melegakan otot dan melancarkan peredaran darah.

Sekiranya anda sudah mula rasa sengal-sengal pada bahagian belakang, tekapkan pad ini pada tempat tersebut.

Cara ini tidak sesuai jika berlaku kecederaan pada bahagian belakang anda.

✴️  10 Sapuan Gel / krim melegakan

Sapuan dapat melegakan sakit sakit dan merupakan alternatif jika anda sukar untuk melakukan aktiviti lain.

Recent Posts

Leave a Comment

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart
There are no products in the cart!