BAGAIMANA SLIP DISC BERLAKU ?

 In Pain

Slipped Disc merupakan pengalihan nucleus pulposes ( warna hijau dalam gambar di bawah ) dari lokasi normal. Nucleus pulposes atau disc berfungsi sebagai penggalas atau penstabil tulang belakang. Apabila disk terkeluar dan tersentuh saraf, ia menekan urat saraf berhampiran dan menyebabkan rasa sakit dan kebas di punggung, belakang, kaki atau tangan.

Tulang belakang kita ni panjangnya dari tengkuk sampailah ke pinggang dan disokong oleh 26 disk. Tugas tulang belakang untuk lindungi saraf tunjang. Tulang belakang kita dipisahkan antara satu sama lain dan setiap gap dilindungi cakera @ disk. Disk ini bentuknya bulat macam CD tetapi lembut seperti gel.

Disk boleh rosak atau pecah. Apabila disk pecah, disk akan bergerak dari kedudukan asal seperti gambar di atas ni.

Disk atau cekera ni ada 2 lapisan. Lapisan dalam lembut, dipanggail nucleus. Yang warna hijau dalam gambar di atas. Bahagian luar keras dan dipanggil annulus. Jika lapisan luar koyak atau mengalami penuaan, lapisan lembut boleh keluar dan menekan saraf.

Bila terkena saraf yang berwarna kuning tu, pesakit akan berasa tidak selesa, kesakitan di bahagian tertentu hingga menyukarkan aktiviti harian.

Slip disk juga dipanggil herniated, terjengul atau membonjol.

📍 Faktor dan Punca Slip Disk Terjadi?

✔️  Jatuh terduduk
✔️  Angkat barang berat dengan cara tak betul
✔️  Melompat dari tempat yang tinggi
✔️  Terbabit dengan kemalangan
✔️  Kurang bersenam hingga menjadikan tulang belakang tidak kuat
✔️  Proses penuaan Disk
✔️  Salah postur badan

Recent Posts

Leave a Comment

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart
There are no products in the cart!